Site icon TechNave BM

Valve akan tangguhkan kemas kini ‘game’ bagi mengurangkan beban terhadap ‘bandwith’ internet

Hari ini, Valve memutuskan untuk mengurangkan kemas kini game dalam Steam secara automatik sewaktu tempoh kuarantin ini bagi mengurangkan beban terhadap penggunaan bandwith internet. Steam cuma akan mengemas kini game anda secara automatik jika game tersebut telah dimainkan sekurang-kurangnya tiga hari lepas.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh mengemas kini game anda yang tidak dimainkan sepanjang tiga hari lepas secara manual. Anda juga boleh jadualkan sendiri kemas kini automatik untuk game anda dan mempercepatkan (self-throttle) hubungan anda kepada Steam. Jika anda tidak menetapkannya secara manual, Steam akan mengemas kini game anda dengan jarak di antara beberapa hari.

Valve adalah syarikat game terbaru yang mengambil keputusan seperti ini. Sebelum ini, Sony mengumumkan bahawa kelajuan muat turun game PlayStation akan diturunkan di Eropah bermula 24 Mac dan di Amerika Syarikat bermula 27 Mac. Selain itu, Microsoft pula akan menjadualkan aktiviti Xbox yang memerlukan penggunaan bandwith yang tinggi pada luar waktu puncak penggunaan internet.

Baru-baru ini, Steam sudah pun memecahkan rekod nombor pemain yang mendaftar masuk pada satu masa, iaitu 23 juta pemain pada hari minggu lalu. Adakah anda menggunakan Steam untuk bermain game pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version