Site icon TechNave BM

Valve Steam Deck kini tersedia untuk dipesan

Valve hari ini akhirnya melancarkan konsol Steam Deck mudah alihnya. Peranti itu kini tersedia untuk dibeli kepada kumpulan penempah pertama yang akan menerima e-mel dengan butiran pesanan.

Bakal pembeli yang menempah peranti ini akan mempunyai 72 jam untuk menyelesaikan pembelian mereka selepas menerima e-mel atau mereka boleh membatalkan tempahan tersebut. Kumpulan pembeli seterusnya akan menerima e-mel pada minggu hadapan.

Valve juga mengeluarkan game mini yang dipanggil Aperture Desk Job. Game ini direka serasi dengan kawalan dan ciri yang terdapat pada Steam Deck. Walaupun game ini direka untuk Steam Deck, ia juga akan tersedia untuk dimuat turun pada platform PC Windows yang dikawal menggunakan controller.

Game mini ini percuma untuk dimuat turun kepada semua pengguna Steam dan boleh didapati pada 1 Mac. Sementara itu, di laman Steam, Valve juga telah mencipta halaman yang dipanggil Great on Deck untuk mempamerkan game yang berfungsi dengan baik pada perkakasan Steam Deck.

Beberapa game yang patut diberi perhatian termasuk Elden Ring, Horizon Zero Dawn, The Witcher 3: Wild Hunt, Stardew Valley, Hades, Terraria, Shadow Warrior 2 dan banyak lagi. Steam Deck berharga $399 (~RM1,675) untuk model 64GB, $529 (~RM2,220) untuk model 256GB dan $649 (~RM2,725) untuk model 512GB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version