Site icon TechNave BM

Valve umumkan Counter-Strike 2, pengganti kepada CS:GO

Valve mengumumkan bahawa Counter-Strike 2 akan dilancar pada musim panas ini dengan menjanjikan baik pulih kepada setiap sistem, bahagian kandungan dan pengalaman. Pengumuman itu disertakan dengan tiga video promosi Counter-Strike 2 yang memaparkan peta baharu, bom tangan asap dinamik dan kemas kini sub-tanda.

Ujian terhad boleh dimainkan mulai hari ini untuk pemain Counter-Strike: Global Offensive terpilih. Valve juga menerbitkan prosedur tentang ujian terhad untuk CS2 dan cara untuk masuk. Counter-Strike baharu akan dijalankan pada enjin  Valve Source 2. Terdapat baik pulih visual untuk peta klasik Counter-Strike.

Bom tangan asap dalam Counter-Strike 2 juga mendapat pembaikan besar. Kesan daripada bom tangan asap kini merupakan objek volumetrik dinamik yang berinteraksi dengan objek sekeliling dan ia akan bertindak balas terhadap pencahayaan, tembakan serta letupan. Valve berjanji untuk mencapai kadar 128 tick dalam mod berbilang pemain dalam talian.

Valve memanggil teknologi baharunya sebagai kemas kini sub-tanda yang merupakan “nadi” kepada Counter-Strike 2. Seni bina kemas kini sub-tick Counter-Strike 2 membolehkan pelayan mengetahui dengan tepat ketika gerakan bermula, tembakan dilepaskan, atau bom dilemparkan.

Pergerakan dan menembak akan responsif serta bom tangan akan sentiasa mendarat dengan cara yang sama. Valve bermula pada tahun 2000 dengan game Half-Life dan pada 2004 mereka telah melancarkan Counter-Strike: Source. Seterusnya, Valve menghasilkan Counter-Strike: Global Offensive pada tahun 2012.

CS:GO kekal sangat popular dan merupakan game yang paling kerap dimainkan di Steam. Awal bulan ini, CS:GO mencapai rekod pemain serentak sepanjang masa dengan 1.4 juta pemain di Steam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: The Verge

Exit mobile version