Site icon TechNave BM

‘Vapor chamber’ terbesar pada Redmi K30 Pro untuk gaming mantap

Terdahulu, Redmi K30 Pro telah dikhabarkan memiliki cipset terkini Snapdragon 865 bersama RAM 8GB. Seperti yang kita jangkakan, telefon pintar ini bakal memenuhi keperluan penggiat teknologi yang inginkan telefon yang tidak cepat panas semasa beroperasi.

Terkini, Redmi K30 Pro dilaporkan memiliki ruang wap (vapor chamber) terbesar dalam industri telefon pintar. Menurut sumber, ruang wap Redmi K30 Pro berukuran 3,435mm². Untuk membandingkannya, ruang wap HONOR V30 Pro mempunyai luas permukaan 914mm², tiga kali lebih kecil daripada Redmi K30 Pro. Anda dapat melihat gambar udara panas di antara Redmi K30 Pro dan HONOR V30 Pro selepas sejam gaming!

Redmi K30 Pro bakal hadir di pasaran dengan slogan iklan “Speed and Passion 9”. Imej kelajuan ini selari dengan kolaborasi dengan filem Fast and Furious 9 yang akan datang (gempak bunyinya).

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version