Site icon TechNave BM

Varian baru dilancar untuk Lenovo Legion Phone Duel 2 di Malaysia, harga termurah kini RM2,999

Lenovo Malaysia telah pun memperkenalkan telefon pintar gaming Lenovo Legion Phone Duel 2 pada bulan lepas yang dilengkapi pelbagai spesifikasi tercanggih dan dijual pada harga bermula RM3,299. Kini, Lenovo Malaysia mengumumkan varian baru untuk telefon canggih ini di mana ia akan dijual pada harga yang lebih rendah.

Mulai bulan Ogos, pelanggan boleh memilih Lenovo Legion Phone Duel 2 dengan RAM 12GB dan storan dalaman 128GB pada harga RM2,999. Ini adalah lebih murah berbanding varian terendah sewaktu ia dilancar pada bulan lepas, yang dijual pada harga bermula RM3,299 untuk varian 12GB+256GB.

Dengan varian baru ini, ia pasti akan digemari oleh pelanggan yang tidak mampu membelanjakan lebih tiga ribu ringgit untuk telefon gaming ini.

Lenovo Legion Phone Duel 2 dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih seperti cipset Snapdragon 888 5G, skrin AMOLED 6.92 inci 144Hz, bateri 5,500mAh, pengecasan 90W, butang ultrasonik di bahagian bucu dan kamera swafoto pop-up di bahagian sisi. Baca artikel pelancaran telefon ini di Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version