Site icon TechNave BM

Vegan kini bakal menikmati meatball IKEA versi vegetarian

IKEA House furniture store at Damansara Perdana Kuala Lumpur

IKEA sememangnya sinonim dengan hidangannya terutama bebola daging (meatball). Bebola daging ini turut menjadi hidangan yang harus dinikmati oleh rakyat Malaysia jika mereka berkunjung ke IKEA (termasuk penulis). Terkini, IKEA bakal menghidangkan bebola daging vegetarian untuk orang yang mengamalkan diet vegetarian. Menarik bukan?

Sumber melaporkan bebola daging IKEA versi vegan ini akan diperbuat daripada epal, kekacang, kentang dan oat. Bebola daging vegetarian ini akan hadir di Eropah pada bulan Ogos dan akan hadir di tempat lain pada bulan yang seterusnya. Mungkinkah ia bakal hadir di Malaysia? Hal ini kerana Malaysia juga mempunyai ramai orang yang mengamalkan pemakanan vegetarian.

Memetik daripada sumber, IKEA akan menawarkan rasa bebola daging vegan yang hampir dengan rasa daging. Adakah anda tidak sabar untuk mengisi perut anda dengan bebola daging vegan IKEA ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang! Kami akan maklumkan keberadaan bebola daging IKEA baru ini di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Engadget

Exit mobile version