Site icon TechNave BM

Versi beta WhatsApp Android bolehkan pemindahan fail berdaya Bluetooth dengan kenalan berdekatan

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi fail dengan kenalan berdekatan. Versi beta terbaru (2.24.2.17) WhatsApp pada Android memperkenalkan ciri pemindahan fail berdaya Bluetooth, menyediakan penyelesaian yang lebih pantas untuk berkongsi fail sehingga saiz 2GB berbanding kaedah konvensional seperti pemindahan berasaskan sembang atau storan awan.

Pengguna perlu berada di bahagian “Orang Berdekatan” (People Nearby) pada aplikasi untuk pemindahan berjaya dan penyulitan hujung ke hujung memastikan keselamatan proses perkongsian fail. Untuk privasi dan keselamatan tambahan, penyulitan hujung ke hujung menyembunyikan dan menghalang pemindahan nombor telefon kepada mereka yang tiada dalam senarai kenalan.

Menariknya, pengguna memulakan proses perkongsian dengan menggoncang telefon mereka. Ciri ini sejajar dengan peningkatan terbaharu Google dan Samsung kepada Kongsi Berdekatan, kini dinamakan Kongsi Pantas (Quick Share), mempertingkatkan keupayaan perkongsian fail merentas peranti Android dan PC Windows dan Chrome OS.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WabetaInfo

Exit mobile version