Site icon TechNave BM

Video acahan Samsung Galaxy S21 imbau kembali perkembangan, perubahan siri Galaxy S

Jika anda sememangnya pengguna siri Samsung Galaxy S, anda pasti sudah jelas mengetahui perkembangan atau perubahan yang dilakukan sehingga kini. Melalui video acahan terbaru dari Samsung untuk Samsung Galaxy S21, perkembangan siri Galaxy S ini diimbau kembali.

Bermula dengan Samsung Galaxy S sehingga ke Samsung Galaxy S20, perubahannya telah dipamerkan. Antara perubahan dan perkembangannnya adalah bezel pada paparan, rekaan dan modul kamera. Apa yang lebih penting, Samsung seperti memberi mesej bahawa terdapat perubahan baharu pada Samsung Galaxy S21.

Jika melihat kepada berita lepas mengenai jangkaan spesifikasinya, Galaxy S21 Ultra kini bakal menyokong S Pen seperti siri Galaxy Note. Mungkin juga perubahan ini merujuk kepada khabar angin yang menyatakan Samsung tidak akan menyertakan pengecas dan fon telinga bersama dalam kotak.

Apa pun, siri Samsung Galaxy S21 dijangka hadir pada 14 Januari 2021. Adakah anda peminat setia siri Galaxy S? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: wccftech

Exit mobile version