Site icon TechNave BM

Video akhir tahun 2019 daripada PewDiePie di YouTube

Sepintas lalu, PewDiePie telah mengumumkan bahawa beliau akan berehat daripada YouTube bermula pada tahun 2020. Keputusan itu telah mengejutkan ramai peminatnya dari serata dunia. Sebelum menjelang ambang 2020, YouTube telah mengongsikan video putar semula yang memaparkan penghargaan kepada pengarang kandungan (content creator) di YouTube.

Namun, video putar semula itu tidak memaparkan kandungan PewDiePie yang diminati ramai. Menurut Dexerto, orang ramai mula memberi tindak balas kecewa kepada YouTube. Untuk tidak mengecewakan orang ramai, PewDiePie telah memuat naik video putar semula yang direka olehnya bersama Dolan Dark, FlyingKitty, Grandayy dan Party In Backyard.

Video tersebut turut memberi penghargaan kepada pengarang kandungan yang telah tiada. Komuniti YouTube dilihat sangat menghargai usaha PewDiePie dengan menyukai video tersebut. Video tersebut kini mempunyai jumlah tontonan sebanyak 5.8 juta dan disukai 1.6 juta orang.

Siapa pengarang kandungan di YouTube yang anda minati di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita laman media sosial terkini.

Sumber: Dexerto | PewDiePie

Exit mobile version