Site icon TechNave BM

Video baru tunjukkan penggunaan dan fungsi yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note20 Ultra

Sementara kita masih menunggu kehadiran Samsung Galaxy Note20 Ultra pada 5 Ogos ini, seorang YouTuber telah pun memuat naik sebuah video yang menunjukkan penggunaan telefon pintar tersebut dan fungsi-fungsi yang terdapat padanya.

Pertama sekali, kita boleh melihat bahawa ia tidak mempunyai 100x Space Zoom seperti yang terdapat pada Galaxy S20 Ultra, sebaliknya Note20 Ultra hanya boleh zum setakat 50x sahaja. Untuk rakaman video pula, pengguna boleh memilih pelbagai resolusi dan kadar bingkai (frame rate) sehingga 8K pada 24fps.

Untuk mereka yang menggemari tetapan profesional dalam rakaman mereka, mod Pro membolehkan pengguna untuk melihat histogram bagi memeriksa nilai tona warna dalam video. Selain itu, mikrofon juga boleh dilaraskan agar ia mengambil sumber audio daripada seluruh arah (Omnidirectional), depan, belakang atau mikrofon luaran seperti mikrofon USB dan Bluetooth.

Terdapat juga sebuah tetapan untuk fungsi Nearby Share yang bakal dilancarkan untuk Android 11 kelak. Ia adalah sebahagian daripada fungsi baru yang terdapat dalam sistem antara muka One UI 2.5.

Kongsi pendapat anda tentang maklumat ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Jimmy is Promo YouTube

Exit mobile version