Site icon TechNave BM

Video bocor terkini Samsung Galaxy Z Flip – Dengan Snapdragon 855 dan RAM 8GB

Terdahulu, anda telah melihat rakaman video yang didakwa sebagai Samsung Galaxy Z Flip. Kini, sebuah lagi rakaman video yang muncul bakal meyakinkan anda bahawa ini sememangnya adalah Samsung Galaxy Z Flip. Sekaligus, video ini mengesahkan paparan Samsung Galaxy Z Flip yang berukuran 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2636.

Bukan itu sahaja, video ini turut memaparkan aplikasi CPU-Z pada peranti tersebut. Hasilnya, kami mendapati Samsung Galaxy Z Flip bakal hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Nampaknya, kami sudah boleh membuat hipotesis baru untuk peranti keluaran Samsung kali ini. Semakin hampir tarikh pelancaran, semakin banyak berita bocor. Adakah anda akan menyambar Samsung Galaxy Z Flip? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan pelancarannya.

Sumber: TechNave

Exit mobile version