Site icon TechNave BM

Video ‘hands-on’ Samsung Galaxy Z Fold2, mampu dilihat atau mampu dibeli?

Pelopor kepada peranti boleh lipat Galaxy Fold, Samsung Galaxy Z Fold2 telah diumumkan pada beberapa hari lepas dengan naik taraf beberapa ciri. Terkini, video hands-on atau pandang pertama Galaxy Z Fold2 muncul di siaran pendedah maklumat terkenal.

@BenGeSkin memaparkan video peranti tersebut dilipat dan dibuka. Anda boleh melihat skrin utama Infinity-O berukuran 7.6 inci yang lebih lebar dan skrin kedua berukuran 6.2 inci yang juga lebih lebar dari Galaxy Fold sebelumnya.

Memandangkan terdapat ramai pengulas teknologi yang tidak menyukai rekaan skrin bertakuk, Galaxy Z Fold2 kini direka dengan rekaan skrin berlubang yang memuatkan kamera swafotonya.

Tidak dinafikan, peranti ini sememangnya indah dilihat dan diimpikan. Kami pernah memaklumkan mengenai jangkaan harganya. Namun, adakah ianya mampu dibeli atau hanya mampu dilihat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai Samsung Galaxy Z Fold2 disini.

Sumber: BenGeSkin

Exit mobile version