Site icon TechNave BM

Video ‘hands-on’ unit ‘dummy’ iPhone 12, saiz 5.4 inci lebih kecil dari iPhone SE

Biasanya, kita memang dapat melihat unit dummy atau badan model yang direka seperti reka bentuk sebenar iPhone 12 tanpa perisian dan perkakas sebenar. Terkini, terdapat sebuah video yang memberikan pandangan pertama terhadap unit model dummy iPhone 12 ini.

Anda dapat melihat beberapa varian saiz seperti yang digambarkan oleh sumber-sumber di internet terdahulu seperti iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci.

iPhone SE 2020 (kiri), unit dummy iPhone 12 5.4 inci (kanan)
iPhone 11 Pro Max (kiri), unit dummy iPhone 12 Pro Max (kanan)

Berdasarkan video dan gambar di atas, anda boleh melihat saiz iPhone 12 5.4 inci yang kelihatan lebih kecil berbanding iPhone SE 2020. Namun, ia mungkin sebuah berita gembira untuk penggemar peranti dengan skrin yang lebih kecil.

Model iPhone 12 Pro Max 6.7 inci pula kelihatan lebih besar berbanding iPhone 11 Pro Max 6.5 inci. Anda juga boleh melihat tetapan dua kamera pada iPhone 12 5.4 inci dan 6.1 inci, manakala tiga kamera untuk varian iPhone 12 yang lebih tinggi. Apa pun, ciri LiDAR tidak dilihat dek kerana model dummy ini hanya dibekalkan khas untuk penghasilan pelindung atau casing.

Anda boleh membaca berita mengenai iPhone 12 terdahulu termasuklah jangkaan harganya. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version