Site icon TechNave BM

Video kereta terbang Malaysia viral

Sejak dari akhir tahun 2019, netizen semakin galak memuat naik perkongsian mengenai kereta terbang. Hal ini berpunca daripada khabar yang digembar-gemburkan sejak dahulu tentang kemajuan negara menjelang tahun 2020.

Tahun 2020 sentiasa dikaitkan dengan imej kereta terbang. Terkini, seorang individu telah memuat naik video yang memaparkan sebuah kereta buatan Malaysia, Perodua Myvi terbang di udara. Menurut malaymail, video ini telah dimuat naik oleh pengguna sosial media Twitter termasuklah @benzaynudeen yang telah mendapat jumlah twit semula (retweet) sebanyak 27,700 kali.

Menurut malaymail lagi, pengguna yang memuat naik video tersebut juga telah memaklumkan pengarang asal video tersebut yang bernama Riyadh. Tidak habis dengan video yang mencuit hati tersebut, pengarang video juga mengumumkan sekuel video akan datang melalui laman Twitternya, @YadhBil. Riyadh menunjukkan di balik tabir penghasilan video tersebut di YouTubenya.

Kongsikan meme kereta terbang kegemaran anda di laman Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi semasa.

Sumber: malaymail | YadhBil | @benzaynudeen

Exit mobile version