Site icon TechNave BM

Video LG Velvet 2 Pro muncul, tampilkan rekaan telefon tanpa sebarang butang fizikal

Pada bulan April, LG Electronics telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghasilkan telefon pintar lagi dan telah menutup divisyen telefon dalam syarikat itu. Kini, beberapa YouTuber di Korea Selatan telah memuat naik video untuk telefon pintar terakhir yang telah diusahakan oleh LG iaitu LG Velvet 2 Pro.

Perkara yang paling menonjol dalam telefon ini adalah ketiadaan butang fizikal pada badannya. Berlainan dengan telefon lain, butang fizikal telah digantikan dengan beberapa pad sentuhan yang bertindak sebagai butang kuasa, butang kawalan suara dan butang Google Assistant. Pad sentuh ini juga membuatkan bahagian sisi telefon ini rata sepenuhnya.

Di belakang, LG Velvet 2 Pro mempunyai tiga kamera yang dihiasi dengan warna emas, membuatkannya sangat menawan pada permukaan telefon yang berwarna hitam. Telefon ini dilengkapi spesifikasi andalan seperti cipset Snapdragon 888, RAM 8GB, storan 128GB, skrin OLED 120Hz 6.8 inci, kamera utama 64MP, kamera telefoto 3x, kamera ultra-lebar dan bater 4,500mAh.

Ia juga dibekalkan dengan kabel USB-C ke bicu 3.5mm bagi membenarkan pengguna untuk menghubungkan fon telinga berwayar dengan bicu 3.5mm. Selain itu, terdapat juga sebuah pengecas 25W dan kabel USB-C dalam kotak.

Sayang sekali, kita tidak akan lihat telefon ini di dalam pasaran. LG Velvet yang pertama telah diperkenalkan pada tahun lepas di mana ia dilengkapi spesifikasi tercanggih pada waktu itu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version