Site icon TechNave BM

Video muzik Blackpink pecah rekod YouTube, catat tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam pertama

Video muzik terbaru daripada kumpulan K-Pop ternama, Blackpink, berjaya memecah rekod siaran tertinggi dalam tempoh 24 jam di YouTube. Video lagu yang bernama How You Like That berjaya meraih 82.4 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas video itu dimuat naik ke YouTube.

Sebelum ini, rekod 24 jam pertama dipegang oleh sebuah lagi kumpulan K-Pop, BTS, yang meraih 78 juta tontonan melalui video muzik Boy With Luv pada April 2019. Kedua-dua kumpulan K-pop ini sering memecahkan dan bertukar rekod YouTube, apabila video Blackpink bertajuk Kill This Love memegang rekod tersebut sebelum ia dipecahkan oleh BTS dengan lagu Boy With Luv.

Setahun kemudian, kini Blackpink memegang semula rekod tontonan 24 jam pertama di YouTube dengan lagu How You Like That. Jumlah tontonan yang tinggi ini disumbangkan oleh para peminat K-pop yang memang terkenal dengan kegiatan aktif dalam internet dan media sosial. Malah, dengan kuarantin yang masih dilaksanakan di seluruh dunia, mungkin telah meningkatkan lagi bilangan orang yang menonton video Blackpink dari rumah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Variety

Exit mobile version