Site icon TechNave BM

Video muzik kegemaran anda selepas ini mungkin hanya akan dipaparkan dalam Facebook sahaja

Facebook telah mengumumkan bahawa perkhidmatan media sosial itu akan mula menyiarkan video muzik rasmi untuk pengguna di Amerika Syarikat. Syarikat itu telah pun memegang hak penyiaran eksklusif untuk beberapa artis seperti J. Balvin, Sebastian Yatra, Alejandro Fernandez dan ramai lagi.

Facebook juga mempunyai hak untuk menyiarkan beberapa video muzik baru terlebih dahulu sebelum di laman-laman web lain, seperti yang berlaku untuk lagu baru daripada Lele Pons dan Sech. Media sosial itu mengharapkan agar pengguna bukan sahaja boleh menonton video di dalam webnya, malah mengambil bahagian dalam interaksi sosial.

Pengguna boleh meninggalkan like, komen atau kongsi sebarang video muzik seperti kandungan-kandungan lain di Facebook. Dalam ruangan Music In Facebook Watch pula, pengguna boleh mendapatkan banyak senarai main (playlists) untuk pelbagai genre video muzik.

Bagi mempromosi kandungan muzik eksklusif di Facebook, syarikat itu akan menawarkan pelbagai interaksi menarik seperti efek augmented reality dan Stickers khas di Stories, menganjurkan sesi ramah mesra melalui Facebook Live dan banyak lagi.

Sebelum ini, Facebook telah mengadakan inisiatif ini di India dan Thailand jadi tidak lama lagi sebelum kandungan ini akan berada di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Blog

Exit mobile version