Site icon TechNave BM

Video pendek Samsung Galaxy Unpacked seterusnya tertiris, mungkin lancarkan telefon lipat

Samsung dijangka akan melancarkan telefon pintar lipat terbaru Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 dalam acara Galaxy Unpacked yang mungkin akan dianjurkan pada 11 Ogos. Walaupun tarikh tersebut belum disahkan secara rasmi, kini sebuah video pendek yang tertiris telah mengukuhkan lagi kemungkinan tersebut.

Video tersebut menunjukkan bayangan cahaya yang menunjukkan rupa telefon lipat dan mungkin melambangkan mekanisme untuk Galaxy Z Fold3. Ia juga mempunyai cogan kata “Get Ready To Unfold”, merujuk kepada pembukaan lipatan dalam siri Galaxy Fold.

Galaxy Unpacked itu mungkin akan disiarkan pada jam 2:00 petang GMT (10:00 malam waktu Malaysia). Buat masa ini spesifikasi dan rupa kedua-dua telefon lipat tersebut telah dikhabarkan secara luas, di mana Galaxy Z Flip3 bakal dilengkapi skrin luaran yang lebih besar berbanding model tahun lepas.

Galaxy Z Fold3 pula mungkin akan dilengkapi pelbagai spesifikasi andalan seperti cipset Snapdragon 888, RAM 12GB, skrin AMOLED 7.55 inci 120Hz, pengecasan pantas 25W, bateri 4,400mAh, tiga kamera dan penggunaan stilus S Pen.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelancaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version