Site icon TechNave BM

Video pandangan pertama Samsung Galaxy Z Flip

Majlis Galaxy Unpacked yang bakal mengumumkan siri Samsung Galaxy flagship baru akan dianjurkan dalam dua minggu sahaja lagi, tetapi sebuah video dalam Facebook sudah pun memberikan kita pandangan pertama untuk satu peranti baru daripada Samsung.

Dalam sebuah video pendek oleh Ben Geskin, beliau mendemonstrasi penggunaan telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Flip. Nampaknya ia mempunyai rekaan clamshell seperti Motorola Razr, di mana garis lipatannya adalah mendatar. Untuk rujukan, telefon pintar lipat Samsung Galaxy Fold sebelum ini mempunyai garis lipatan menegak.

Seperti Galaxy Fold, skrinnya juga agak panjang tetapi kami masih tidak dapat memastikan ukuran spesifik buat skrin Galaxy Z Flip. Di bahagian belakang telefon pula, ia dilengkapi sekurang-kurangnya dua kamera dan di sebelahnya pula terdapat skrin kecil untuk memaparkan waktu dan notifikasi lain.

Adakah anda lebih teruja tentang Galaxy Z Flip sekarang? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: Ben Geskin Facebook

Exit mobile version