Site icon TechNave BM

Video promo penukaran nama iOS 14 kepada iPhoneOS dibocorkan

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai beberapa pengulas teknologi yang mendakwa Apple bakal menukar nama sistem UI iOS 14 kepada iPhoneOS. Terkini, sebuah video promosi yang didakwa memaparkan pengenalan iPhoneOS tular di laman Reddit.

Sehingga kini, telefon pintar keluaran Apple masih menggunakan iOS. Melalui pemaparan video tersebut, Apple mungkin bakal memperkenal bukan sahaja perancangan baharu pada acara WWDC 2020, tetapi mungkin juga iPhoneOS sebagai kemas kini iOS 14.

Apa pun, iOS 14 dijangka bakal hadir dengan halaman utama (home) baharu. Bukan itu sahaja, pengguna mungkin dapat melihat aplikasi dalam senarai. Melalui acara WWDC 2020, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa tiada pratonton atau pengumuman perkakas (hardware) baharu.

Ketahui maklumat lanjut kemas kini iOS 14 melalui berita rasmi acara WWDC 2020. Beritahu kami apakah pandangan anda mengenai hal ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version