Site icon TechNave BM

Video reka bentuk iPhone 12 didedahkan

Pada waktu kemuncak dalam pasaran teknologi ini, pelbagai khabar angin telefon pintar dari pelbagai jenama telah dipersembahkan untuk anda. Terkini, Apple juga tidak ketinggalan dalam gosip telefon pintar, munculnya reka bentuk iPhone 12 di internet.

Kita sudah sedia maklum bahawa Apple bakal mengeluarkan siri baru iPhone pada tahun ini. Apa yang menariknya, video ini memaparkan ketiga-tiga model iPhone 12. Sumber melaporkan reka bentuknya agak sama dengan iPhone 11.

Walau bagaimanapun, ketiadaan butang power, butang kelantangan (volume) dan togol miut (mute toggle) mengundang persoalan adakah video ini benar-benar menggambarkan reka bentuk sebuah iPhone 12. Apa pun, khabar angin bukanlah suatu kepastian yang rasmi.

Untuk kemas kini berita ini, teruskan bersama Rakan Teknologi Malaysia. Adakah anda mempunyai berita khabar angin iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Sumber: BGR

Exit mobile version