Site icon TechNave BM

Video rekaan peranti OnePlus berpatutan yang bakal hadir dengan Snapdragon 690 5G

Terdahulu, OnePlus telah memasuk pasaran telefon pintar kelas pertengahan dengan kehadiran OnePlus Nord di pasraan global. Tidak terhenti disitu, OnePlus kini hadir dengan ura-ura peranti berpatutan baharu.

Melalui sumber pendedahan spesifikasi yang telah hadir sebelum ini, pendedah maklumat telah berkolaborasi dengan pencipta video 3D, Concept Creator untuk memaparkan rekaan peranti OnePlus terbaru ini. Sebagai peringatan, pemaparan rekaan peranti adalah sekadar dari bayangan imaginasi pereka sahaja, namun mungkin rekaannya tidak banyak berbeza dengan rekaan peranti sebenar.

Pemaparan video memperlihatkan dua peranti baru OnePlus tersebut dengan rekaan skrin berlubang. Salah satunya memiliki tiga kamera utama bersama pancaran lampu LED, manakala sebuah lagi peranti dilihat memiliki dua kamera utama. Terdapat juga gelongsoran notifikasi (alert slider) pada kedua-dua peranti tersebut.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan spesifikasi peranti ini. Memandangkan terdapat sumber terdahulu yang mendedahkan OnePlus bakal hadir dengan peranti janaan Snapdragon 690 5G, banyak sumber yang mendakwa peranti dalam video adalah peranti sama yang bakal dijana Snapdragon 690 5G.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version