Site icon TechNave BM

Video ‘teaser’ Black Shark 3S paparkan skrin 120Hz dan banyak lagi

Semalam, Black Shark telah mengumumkan bahawa jenama tersebut bakal melancarkan varian terbaru produk mereka, Black Shark 3S, yang akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus. Pada hari ini, Black Shark memberi lebih banyak maklumat lanjut tentang peranti gaming tersebut seperti skrin 120Hz dan banyak lagi.

Menurut sumber, sebuah video pendek telah dimuat naik ke dalam Weibo, menunjukkan butiran spesifikasi teknologi telefon tersebut. Black Shark 3S akan dilengkapi skrin AMOLED 6.67 inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 270Hz dan plug-in MEMC 3.0 (Motion Estimation, Motion Compensation).

Jika dibandingkan dengan Black Shark 3 Pro, ia hanya mempunyai kadar segar semula 90Hz namun skrinnnya besar sedikit iaitu 7.1 inci. Black Shark juga turut membandingkan skrin 3S dengan skrin iPhone 11 Pro Max untuk mendemonstrasi leretan (swiping) skrin yang lebih lancar dalam 3S.

Sebenarnya itu adalah perbandingan yang agak pelik kerana sudah tentu iPhone 11 yang mempunyai kadar segar semula yang lebih rendah tidak akan mempunyai kelancaran dalam Black Shark 3S. Seharusnya, ia perlu dibandingkan dengan telefon setaraf seperti ASUS ROG Phone 3 atau Lenovo Legion Phone Duel.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version