Site icon TechNave BM

Video ‘teaser’ Huawei P40 kini didedahkan – Reka bentuk sisi melengkung bergaya!

Jika anda masih tidak tahu, siri Huawei P40 bakal dilancarkan pada 26 Mac ini. Terkini, Huawei telah mengongsikan sebuah video acahan (teaser) yang memperlihatkan reka bentuk siri Huawei P40 daripada beberapa sudut.

Video berdurasi 00:15 ini memperlihatkan sisi melengkung siri Huawei P40 dan turut memaparkan bayangan ‘#VisionaryPhotography’. Terdahulu, kami menjangkakan Huawei P40 Pro akan dilengkapi pemproses Kirin 990, dwi-kamera hadapan 32MP serta kamera belakang yang terdiri daripada kanta utama IMX 700 52MP + kanta ultra-lebar + kanta makro + kanta telefoto periskop yang boleh zum 10x secara optikal + sensor ToF (time-of-flight).

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/03/Huawei-P40-series-video-teaser-gives-us-tantalizing-glimpses-little-else.vd_.default.mp4

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sumber lain yang menyatakan bahawa siri Huawei P40 bakal dilengkapi kamera utama 52MP dengan filter RYYB dan lensa ultra-lebar 40MP. Adakah anda sedang menanti siri Huawei P40? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version