Site icon TechNave BM

Video ‘teaser’ realme Watch muncul, jam tangan pintar mungkin dengan harga berpatutan

Terkini, CEO realme telah memuat naik sebuah video yang mengacah kehadiran realme Watch. Setelah khabar angin spesifikasi seakan sudah diketahui semuanya, tibalah masa kita untuk menantikan tarikh pelancarannya yang rasmi.

Video acahan berdurasi 0:07 saat ini memaparkan reka bentuk petak jam tangan pintar tersebut seperti yang telah dikhabarkan melalui berita spesifikasi realme Watch sebelum ini. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai spesifikasi dan ciri teknologi realme Watch.

Persoalan bahawa adakah jam tangan pintar ini bakal hadir di pasaran Malaysia juga sudah terjawab memandangkan terdapat pendedahan bahawa realme Watch telah melepasi SIRIM. Kami menjangkakan bahawa ianya adalah sebuah jam tangan pintar dengan harga yang berpatutan. Hal ini kerana realme ialah sub-jenama OPPO dan semestinya realme bakal mengeluarkan produk dengan harga yang lebih berpatutan berbanding OPPO.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MadhavSheth1

Exit mobile version