Site icon TechNave BM

Video terkini iPhone 9/iPhone SE 2, seperti mengimbau masa lalu

Masihkah anda ingat pada butang home dan bezel klasik iPhone terdahulu? Sementara menunggu pengumuman atau pelancaran iPhone 9 atau iPhone SE 2 (tiada maklumat nama rasmi untuk peranti Apple ini), kini tular video iPhone 9/iPhone SE 2 di Internet.

iiPhone mampu milik ini tidak banyak perubahan dari segi reka bentuknya. Jika anda lihat pada video di bawah, reka bentuknya sama seperti dakwaan khabar angin. Khabar angin sebelum ini mendakwa iPhone mampu milik ini bakal memiliki paparan LCD 4.7 inci dan bakal dikuasai cipset terbaru, A13 Bionic. Anda juga boleh melihat gambar bayangan peranti ini yang telah didedahkan oleh sumber. Adakah peranti dalam video ini sama dengan gambar bayangan yang didedahkan?

Sumber: Sparrow News melalui GSMArena
Sumber: @OnLeaks melalui GSMArena
Sumber: Weibo melalui GSMArena

Adakah anda berasa seperti mengimbau masa lalu ketika melihat video ini? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: GSMArena | Weibo | @OnLeaks

Exit mobile version