Site icon TechNave BM

Video “unboxing” POCO M3 Pro 5G tunjukkan maklumat telefon sebelum pelancaran rasmi

POCO M3 Pro 5G bakal dilancarkan pada malam ini jam 8:00 malam waktu Malaysia dan rupa luaran telefon tersebut telah pun dikongsi oleh POCO. Kini sebuah saluran YouTube bernama ChinaMobileMag telah berkongsi sebuah video unboxing untuk telefon tersebut yang menunjukkan rekaannya dengan lebih teliti.

Video tersebut menunjukkan kandungan kotak POCO M3 Pro 5G yang termasuk dokumen, pengecas, kabel USB-C dan sarung lutsinar. Telefon itu pula dilengkapi skrin 90Hz dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Selain itu, POCO M3 Pro 5G dalam video ini dilengkapi sistem operaasi MIUI 12.0.5 berdasarkan Android 11, RAM 6GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 18W port USB-C, dwi-kad SIM, bicu audio 3.5mm dan tiga kamera termasuk kamera utama 48MP.

Sementara itu, pengkhabar berita teknologi Sudhanshu Ambhore juga telah berkongsi harga untuk telefon tersebut yang akan mula dijual pada 20 Mei. Menurut beliau, harga POCO M3 Pro 5G untuk pasaran Eropah adalah:

Terdapat juga khabar bahawa POCO M3 Pro 5G adalah Redmi Note 10 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran-pasaran terpilih. Redmi Note 10 5G akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 20 Mei, manakala untuk POCO M3 Pro 5G pula masih tiada sebarang maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version