Site icon TechNave BM

Video “unboxing” Samsung Galaxy S23 Ultra tertiris sebelum pelancaran rasmi

Samsung panik apabila beberapa unit Galaxy S23 telah diterima pelanggan sebelum pelancaran rasmi dan akibatnya, beberapa video unboxing (pembukaan kotak) tular di media sosial. Galaxy S23 akan diumumkan secara rasmi pada 1 Februari 2023. Bagaimanapun beberapa vendor telah mula menjual telefon pintar itu.

Seorang pengguna Twitter yang telah mendapatkan Galaxy S23 Ultra tidak berfikir dua kali untuk membuat video unboxing. Samsung mereka bentuk semula kotaknya seperti yang anda lihat pada video di bawah. Samsung tidak memasukkan pengecas sekali lagi tahun ini. Jadi, pengguna perlu membelinya secara berasingan.

Di samping itu, kami ingin memaklumkan anda bahawa S23 hanya akan menyokong pengecasan wayarles 10W turun daripada generasi sebelumnya. Galaxy S23 Ultra kelihatan sangat serupa dengan Galaxy S22 Ultra. Sukar untuk membezakan antara kedua-dua peranti pada pandangan pertama walaupun Samsung telah membuat perubahan kecil.

Kamera belakang kini lebih besar sedikit. Samsung juga memilih reka bentuk yang lebih rata pada paras skrin yang mengurangkan kelengkungan sisi panel. Akibatnya, telefon pintar mungkin berasa kurang selesa di tangan. Tetapi ia akan menarik perhatian orang yang tidak begitu menyukai skrin yang sangat melengkung.

Sumber turut berkongsi beberapa gambar yang diambil secara langsung oleh S23 Ultra. Dapat dilihat dengan jelas bahawa Samsung telah meningkatkan zum. Pada Galaxy S22 Ultra, gambar yang diambil pada 30X zum akan mempunyai kualiti yang lebih kurang sama seperti yang diambil pada 20X zum.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version