Site icon TechNave BM

Vietnam dilanda wabak COVID-19, Apple mengalami masalah bekalan komponen iPhone 13

Laporan dari NikkeiAsia mengatakan pembeli iPhone 13 perlu menunggu lebih lama disebabkan wabak COVID-19 yang melanda di Vietnam. 

Apple sedang menghadapi masalah bekalan modul kamera untuk keempat-empat model iPhone 13 kerana sebilangan komponennya dipasang di Vietnam. Menurut maklumat, keadaan akan bertambah baik secepat pertengahan Oktober kerana pengeluaran modul kamera iPhone utama di selatan Vietnam akan disambung semula secara beransur-ansur.

Kilang pemasangan iPhone seperti Foxconn, Pegatron dan Luxshare tidak terkesan dalam situasi ini. Namun, mereka turut khuatir sekiranya berlaku penghentian bekalan elektrik yang tidak dijangka bulan depan. Pembeli di China, Jepun dan Amerika Syarikat turut menunggu kehadiran iPhone 13 dalam beberapa minggu.

Kami amat berharap situasi kembali normal dan iPhone 13 tiba di pasaran Malaysia secepat mungkin. Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version