Site icon TechNave BM

ViewQwest pertontonkan internet 10Gbps pertama di Malaysia

ViewQwest iaitu pembekal perkhidmatan telekomunikasi dan keselamatan telah menganjurkan acara dengan mempersembahkan perkhidmatan 10Gbps pertama di Malaysia. Acara ini telah turut dihadiri oleh YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia.

Acara pameran ini menawarkan pengalaman dunia akan datang yang memiliki sambungan berkelajuan tinggi dan inovasi digital. Acara tersebut menunjukkan demonstrasi interaktif untuk mempamerkan kelajuan dan kebolehpercayaan perkhidmatan 10Gbps.

Selain itu, Wi-Fi 7 standard yang terkini juga ditunjukkan untuk ciri-ciri seperti kelajuan ultra pantas, kependaman rendah dan kapasiti meningkat. Pengunjung juga meneroka dunia permainan generasi akan datang dengan menggunakan Playstation VR2 untuk PS5 dengan menawarkan perincian yang sempurna dan masa tindak balas pantas.

Seterusnya, keselamatan siber merupakan fokus utama pameran ini. Hal ini kerana ancaman keselamatan generasi akan datang termasuk video dan imej palsu kecerdasan buatan (deepfakes). Para pengunjung mempelajari tentang keselamatan rangkaian lanjutan yang digunapakai ViewQwest untuk menangani ancaman siber yang sentiasa berubah.

Perkhidmatan 10Gbps juga ditawarkan sebagai penyelesaian khas yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus perniagaan dan pengguna jalur lebar tinggi. Pendekatan tempahan khusus ini memastikan setiap perlaksanaan pelanggan menerima prestasi optimum dan konfigurasi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar di sini dan pasukan ViewQwest yang ditugaskan akan menghubungi anda untuk mengatur jadual penilaian teknikal yang diperlukan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version