Site icon TechNave BM

ViewSonic umumkan ViewBoard 5K 105″, paparan interaktif sokong berbilang sentuhan

ViewSonic akan memperkenalkan peranti untuk kegunaan pejabat terbaharunya dalam acara Integrated Systems Europe (ISE) 2023 di Sepanyol. Pada ISE 2023, ViewSonic akan mempamerkan ViewBoard 105 inci akan datang dengan skrin lebar 21:9 dalam resolusi 5K serta ViewBoard 4K 86 inci.

ViewBoard dilengkapi dengan myViewBoard untuk alatan pembentangan yang komprehensif dan skrin berbilang sentuh yang responsif. Ia menawarkan pengguna pengalaman menulis semula jadi yang membolehkan berbilang pengguna menulis atau melukis pada paparan pada masa yang sama.

Paparan ViewBoard juga mempunyai sambungan wayarles USB-C atau ViewBoard Cast. Sebagai tambahan kepada ViewBoards, ViewSonic juga akan mempamerkan Paparan LED All-in-One 216 inci terbarunya. Menggunakan teknologi LED Chip-on-Board termaju, resolusi paparan adalah sehingga 4K UHD terperinci dengan pic piksel yang lebih tajam.

Ia juga haidr dengan perlindungan kalis lembapan, kalis habuk dan anti perlanggaran. Selain itu, reka bentuk All-in-One menyepadukan semua sistem ke dalam satu peranti menawarkan pemasangan, operasi dan penyelenggaraan yang mudah. Pameran ViewSonic di ISE 2023 akan mempamerkan pelbagai peranti moden untuk kegunaan pejabat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version