Menurut sebuah kajian di Australia, virus COVID-19 dilaporkan mampu bertahan di permukaan beberapa jenis objek lebih lama dari yang kita ketahui, sehingga 28 hari berdasarkan keadaan tertentu. Antara beberapa jenis objek tersebut adalah wang kertas, skrin telefon dan bahan yang diperbuat daripada besi.
Dapatan kajian ini ditemui oleh agensi sains kebangsaan Australia (CSIRO), dilaporkan oleh sumber. Dalam keadaan biasa, virus ini boleh bertahan sehingga 2-3 hari pada permukaan plastik dan besi (tempoh bertahan bergantung kepada faktor lain juga).
CSIRO kini melaporkan bahawa virus COVID-19 mampu bertahan sehingga 28 hari pada permukaan rata seperti skrin telefon pintar dan wang kertas/plastik dalam keadaan suhu 20°C (lebih kurang suhu bilik jika anda buka penghawa dingin) dan dalam keadaan gelap.
Apa pun, eksperimen ini dijalankan di dalam bilik gelap, Cahaya UV sudah terbukti mampu membunuh virus.
Kajian yang telah disiarkan oleh Virology Journal juga menemui bahawa virus SARS-Cov-2/COVID-19 sememangnya bertahan lebih lama dalam keadaan sejuk, dan kurang jangka hayatnya dalam keadaan lebih panas.
Kami sarankan anda agar sentiasa kerap mencuci tangan atau mensanitasi skrin telefon anda juga.
Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di lama Facebook. Kekal patuh SOP, kekal sihat dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BBC
Gambar: GETTY IMAGES

