Site icon TechNave BM

Visionox siap bina teknologi kamera di bawah skrin, mungkinkah trend baru telefon pintar tahun 2021?

Sebelum memulakan pembacaan, anda perlu tahu Visionox merupakan salah sebuah syarikat pengeluar OLED di China untuk peranti seperti Xiaomi Mi 10 atau Mi Note 10. Terkini, sumber melaporkan bahawa syarikat tersebut telah siap membangunkan paparan dengan kamera di bawah skrin dan sedia untuk mengeluarkannya.

Sebenarnya, teknologi kamera di bawah skrin ini bukan teknologi baru memandangkan ada jenama yang pernah mempamerkan rekaan seakan teknologi ini. Namun, terdapat masalah penghasilan imej berikutan pembelauan cahaya daripada tambahan lapisan cermin untuk menutup lensa kamera.

Visionox dikatakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan material yang boleh membenarkan tahap kelutsinaran yang tinggi. Terdapat juga pengoptimuman pada susunan piksel yang membenarkan teknologi ini, tetapi mungkin akan menjejaskan sedikit kualiti imej.

Mungkinkah kita dapat melihat telefon pintar dengan kamera di bawah skrin pada tahun 2021 atau anda masih memilih rekaan dengan takuk dan kamera skrin berlubang? Semestinya, pelbagai jenama telefon pintar turut ingin mencuba teknologi terbaru ini. Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version