Site icon TechNave BM

Visionox tunjukkan prototaip kamera bawah skrin generasi kedua, bakal digunakan pada ZTE Axon 30

ZTE adalah antara syarikat telefon pintar yang bakal melancarkan peranti dengan kamera bawah skrin pada tahun ini. Ia dikhabarkan akan hadir dengan nama ZTE Axon 30. Terbaru, pengeluar skrin Visionox telah menunjukkan kamera bawah skrin generasi kedua yang berkemungkinan besar akan digunakan oleh peranti ZTE.

Gambar tersebut memaparkan skrin InV see Pro dari Visionox yang hadir dengan susunan piksel yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Susunan piksel yang baru ini dapat memberikan kejelasan dan pengurangan kabur yang lebih bagus pada kamera swafoto di bawahnya.

ZTE Axon 30 bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat setelah ia ditangguhkan untuk beberapa bulan. Jadi, mari kita tunggu dan lihat bagaimana prestasi kamera bawah skrin generasi kedua ini.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version