Site icon TechNave BM

vivo anjur pertandingan sempena Merdeka, menangi dron DJI Mavic Mini dan banyak lagi

Sempena sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, pelbagai jenama telefon pintar telah mula mengorak langkah mengajurkan pelbagai pertandingan dan jualan istimewa. vivo Malaysia juga tidak ketinggalan dengan penawaran Merdeka Flash Sale dan hadiah menarik untuk dimenangi.

Antara hadiah istimewa yang ditawarkan adalah seperti dron DJI Osmo Mini, penstabil telefon pintar Osmo Mobile 4, fon telinga vivo TWS Neo, bekas travel NEX 3 dan banyak lagi. Anda hanya cuma perlu ‘Like’, ‘Share’ dan ‘Tag’ 3 rakan anda di Facebook. Anda boleh melihat maklumat lanjut pertandingan di laman Facebook vivo seperti di bawah.

Jika anda ingin membeli peranti vivo dengan harga istimewa, inilah juga masanya. vivo V17 kini ditawarkan dengan potongan harga RM200, berharga RM1,099 berbanding harga asal RM1,299 bermula 29 Ogos hingga 31 Ogos.

Jika anda ingin memiliki vivo X50 Pro 5G, anda boleh tukar beli telefon vivo lama anda dengan rebat tunai sehingga RM200. Anda juga akan mendapat hadiah percuma seperti backpack vivo bermula 29 Ogos hingga 6 September 2020.

Anda boleh kunjungi laman vivo Malaysia rasmi untuk maklumat lanjut. Adakah anda bakal menyertai mana-mana pertandingan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version