Site icon TechNave BM

vivo APEX 3 bakal muncul dengan kamera dibawah skrin di MWC 2020, Barcelona

Walaupun baru saja berada di pertengahan Januari, vivo kini dalam proses untuk mengeluarkan generasi telefon pintar seterusnya yang berkonsepkan APEX 3. Menurut sumber, syarikat itu telah mula menghantar jemputan kepada para media untuk sidang akhbar Mobile World Congress (MWC) 2020 yang akan berlangsung di Barcelona.

Walaupun tidak banyak maklumat mengenai APEX 3, poster mereka sudah cukup memberi petunjuk mengenai rekaan kameranya. Kamera yang berada pada skrin direka sejak tahun lepas mampu membuat penampilan model telefon itu kelihatan lebih unik (jika benar). Untuk merakam pula, kamera yang berada dibawah skrin merupakan ciri baru dimana kamera depannya yang tersembunyi di bawah paparan, menjadikan peranti itu sepertinya tidak memerlukan takuk (notch) .

Reka bentuk kamera di bawah skrin tersembunyi

Selain itu ianya turut dinyatakan bahawa vivo akan menunjukkan teknologi pengecasan cahaya ultra-cepat 120W. Melihat pada poster yang lain, paling menarik tentang rekaan model kali ini ialah bateri 4000mAh yang boleh dicas sepenuhnya dalam masa 13 minit sahaja. Oleh itu, terlalu awal untuk kita percaya sepenuhnya tentang APEX 3 ini samada benar ataupun tidak.

Sidang akhbar vivo di MWC 2020 akan berlangsung dari 23-24 Februari 2020. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita seterusnya mengenai vivo APEX 3 ini dan ikuti kami di Facebook.

Exit mobile version