Kepada peminat fon telinga berwayar, berita ini adalah berita gembira untuk anda. vivo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa vivo Colour Earphone, sepasang fon telinga berwayar baharu sedia dijual di pasaran Malaysia.
Dengan harga RM49, anda boleh mendapatkan fon telinga ini dalam empat pilihan warna iaitu; Hitam, Biru, Putih dan Merah. vivo Colour Earphone hadir dengan sokongan bicu audio 3.5mm dan wayar kabel sepanjang 1.25m. Anda boleh menjawab dan mematikan panggilan melalui fon telinga ini.
vivo Colour Earphone tersedia di semua vivo Concept Store di seluruh Malaysia atau secara dalam talian di vivo E-Store, Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, kunjungi laman web rasmi vivo.
Adakah anda meminati fon telinga berwayar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

