Site icon TechNave BM

vivo daftarkan paten untuk telefon lipat dan gulung dengan nama NEX

Pelbagai syarikat teknologi China telah pun memperkenalkan telefon dengan mekanisme unik seperti OPPO X 2021 dengan mekanisme skrin gulung dan Xiaomi MIX Fold dengan mekanisme skrin lipat. Kini, vivo pula mungkin akan perkenalkan telefon dengan mekanisme skrin lipat, gelongsor dan gulung di bawah jenama NEX.

vivo telah pun mendaftarkan nama paten untuk NEX Fold, NEX Slide dan NEX Roll yang mungkin menunjukkan bahawa vivo merancang untuk melancarkan telefon dengan mekanisme yang dihuraikan dalam jenama tersebut.

Sebelum ini, jenama NEX sering digunakan oleh vivo sebagai produk yang mempunyai ciri-ciri eksperimental seperti vivo NEX S, vivo NEX Dual Display dan vivo NEX 3.

Adakah anda berminat dengan telefon unik yang dihasilkan oleh vivo? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Fix Guide

Exit mobile version