Site icon TechNave BM

vivo iQOO Neo5 dilancar: Snapdragon 870, cas pantas 66W, OLED 120Hz bermula ~RM1,580

vivo memiliki cabang jenama berbeza di pasaran China, contohnya iQOO. iQOO ialah jenama yang melebarkan sayapnya di pasaran China, tetapi masih mendapat perhatian peminat di luar negara China. Terkini, vivo iQOO Neo5 telah dilancar dengan harga bermula pada 2499 Yuan (~RM1,580).

Antara spesifikasi tinggi dan menarik yang hadir pada iQOO Neo5 adalah janaan cipset Snapdragon 870, skrin OLED HDR10+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan skrin sehingga 1000Hz, serta cas pantas 66W. Anda boleh menyemak keseluruhan spesifikasi penting iQOO Neo5 seperti di bawah.

Setakat ini, vivo iQOO Neo5 hanya dijual di negara China dengan harga bermula pada 2499 Yuan (~RM1,580). Biasanya, peranti ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia seperti peranti iQOO sebelum ini.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version