Site icon TechNave BM

vivo kongsi gambar yang diambil dengan vivo X100 Ultra, paparkan kebolehan zum

vivo dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s dan vivo X100 Ultra pada hujung bulan ini. Sempena pelancarannya yang semakin hampir, vivo telah berkongsi beberapa sampel gambar yang diambil menggunakan kamera dalam vivo X100 Ultra.

Gambar-gambar tersebut dikongsi dalam media sosial Weibo dan menunjukkan pelancaran roket Chang’e 6 di China, diambil menggunakan zum sebanyak 10x iaitu bersamaan dengan jarak fokal 230mm.

Naib presiden vivo, Huang Tao, berkongsi dua sampel gambar yang diambil menggunakan vivo X100 Ultra

Beberapa pengkhabar berita teknologi meramalkan bahawa gambar tersebut diambil menggunakan kamera periskop 200MP yang mempunyai jarak fokal 22.48mm, sensor bersaiz 1/1.4 inci dan beresolusi 16,320×12,888.

Kamera tersebut akan menawarkan zum digital sejauh 100x dan mod Super Macro seperti yang terdapat pada vivo X100 Pro. Lain-lain ciri kameranya termasuklah fungsi penggambaran malam yang lebih baik, lapisan ZEISS T* pada lensanya untuk mengurangkan lens flare, kamera utama 50MP f/1.75 dengan sensor LYT900 berukuran 1 inci serta cip pengimejan V3+.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X100 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version