vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive Imaging Experience Zone untuk memberi peluang kepada pengunjung mencuba sendiri teknologi kamera dan peranti terbaharu mereka.
Stor baharu ini dibina sebagai ruang pengalaman yang memfokuskan kepada teknologi pengimejan mudah alih termasuk demonstrasi fungsi kamera serta pengalaman penggunaan peranti secara lebih dekat. vivo turut menawarkan beberapa promosi eksklusif pada 27 dan 28 Jun termasuk kempen BUY 1 FREE 5 dengan hadiah bernilai sehingga RM999+ bergantung kepada siri peranti yang dibeli.
Selain promosi pembelian, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti di lokasi seperti permainan interaktif, pemberian hadiah, makanan ringan percuma serta kempen Post, Share & Redeem untuk menebus minuman secara percuma sepanjang tempoh promosi. Bagi peminat fotografi, vivo mengadakan sesi perkongsian produk vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE dari 2 petang hingga 3 petang bersama jurugambar tempatan Alexio.
Peserta turut berpeluang menyertai cabutan bertuah. Majlis pembukaan rasmi turut diserikan dengan acara pemotongan reben, persembahan tarian singa serta persembahan violin secara langsung. Concept Store baharu ini terletak di Lot 3-101 & 3-102, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk berkunjung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

