Site icon TechNave BM

vivo lancarkan promosi Tahun Baru Cina, V17 serendah RM1,499

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang kian menjelma, vivo Malaysia akan menganjurkan promosi Chinese New Year Bonanza 2020 di mana pelanggan boleh mendapatkan vivo V17 dengan harga yang lebih murah.

Bermula hari ini sehingga 31 Januari, pelanggan boleh membeli vivo V17 dengan harga RM1,499. Untuk rujukan, harga V17 yang asal adalah RM1,699.

Dalam promosi yang sama, pelanggan juga boleh membeli vivo NEX 3 dengan harga RM3,499 dan vivo S1 Pro dengan harga RM1,199.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai sebuah peraduan di laman Facebook vivo Malaysia dengan memuat naik gambar bersama keluarga dan mereka akan berpeluang untuk memenangi hadiah seperti vivo V17, hadiah wang tunai, gambar keluarga yang dicetak dan dibingkaikan serta satu makan malam istimewa.

Adakah anda akan mendapatkan V17 daripada promosi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version