Site icon TechNave BM

vivo Malaysia akan lancarkan V20 SE pada 24 September, dilengkapi kamera swafoto 32MP

vivo Malaysia akan mengumumkan telefon pintar vivo V20 SE (Special Edition) pada hari Khamis, 24 September ini. Sebelum ini, telefon vivo V20 SE telah pun mendapat pengiktrifan SIRIM untuk dipasarkan dalam Malaysia.

Dengan berat hanya 171 gram dan ketebalan 7.83mm, telefon ini agak ringan dan nipis. Telefon yang datang dalam warna hitam Gravity Black dan biru Oxygen Blue ini akan dilengkapi kamera swafoto 32MP dengan fungsi Super Night Selfie dan Selfie Softlight Band untuk mengambil swafoto yang cantik dalam situasi malap.

Setakat ini tiada spesifikasi lain yang telah disahkan oleh vivo. Menurut maklumat awal, V20 SE mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 665, RAM sehingga 8GB dan kamera utama 44MP namun ini masih belum disahkan oleh vivo.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V20 SE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version