Site icon TechNave BM

vivo Malaysia akan Melancarkan siri vivo V19 Pada bulan Mac?

Sejak kehadiran siri V vivo pada tahun 2009, ia telah menjadi model flagship vivo yang mengkhususkan dengan kamera resolusi tinggi. Model itu juga merupakan telefon pintar kelas pertengahan.

Berikutan telefon pintar dengan kamera centric iaitu vivo V17 Pro dan vivo V17 yang sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2019, khabar angin telah mendedahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan siri vivo V19 terbaru mereka di Malaysia pada bulan Mac.

Khabar angin juga mengatakan vivo V19 lebih cenderung untuk menampilkan paparan dua skrin berlubang (punch-hole). Walau bagaimanapun, ianya masih belum cukup untuk menjelaskan fungsi kamera kedua. Ia juga dijangka akan dilengkapi dengan depth sensor untuk membantu dalam menangkap photo selfie dengan Mod Potret.

Sumber masih lagi belum dapat mengagak apa-apa tentang pelancaran siri V terbaru ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari vivo. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook vivo https://www.facebook.com/VivoMalaysia atau laman web rasmi https://www.vivo.com/my.

Teruskan bersama kami di TechNave BM untuk kemas kini berita pelancaran siri vivo V19 ini.

Exit mobile version