Site icon TechNave BM

vivo Malaysia anjurkan promosi khas pada 6 Jun, potongan diskaun pelbagai produk sehingga 66%

vivo Malaysia bakal menganjurkan promosi khas vivo x Shopee 6.6 Awesome Sale pada 6 Jun ini di Shopee Mall, di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 26% atau menebus baucar yang boleh mendapatkan diskaun sehingga 66%.

Pelanggan boleh membeli pelbagai produk vivo dengan harga serendah RM39. Selain itu, pelanggan yang membeli telefon pintar vivo V21 5G Exclusive Edition (8GB+256GB) akan memperoleh waranti tambahan selama setahun, perlindungan skrin retak selama setahun dan penutup mata OGAWA bernilai RM498 serta baucar OGAWA bernilai RM100.

Berikut adalah senarai produk yang akan dijual dalam promosi istimewa ini:

ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)
vivo Y20s G (6GB RAM + 128GB ROM) Online ExclusiveRM749RM689
vivo Y20s D (4GB RAM + 128GB ROM)
Eksklusif di Shopee
RM799RM599
vivo Y20s (8GB RAM + 128GB ROM)    RM 899RM799
vivo Y11 D (3GB RAM + 32GB ROM)      RM499RM399
vivo Y1s (2GB RAM + 32GB ROM)RM459RM359
Siri vivo V20:
V20 2021 (8GB RAM + 128GB ROM)
V20 Pro (8GB RAM + 128GB ROM)

RM1499
RM1899

RM1,099
RM1,499
Siri vivo X50:
X50 (8GB RAM + 128GB ROM)
X50 Pro (8GB RAM + 256GB ROM)

RM2,399
RM3,199

RM1,999
RM2,499
vivo Wireless Sport EarphoneRM299RM249
vivo Color EarphoneRM49RM39

Dengan setiap pembelian telefon pintar vivo, pelanggan juga akan menerima penghantaran secara percuma dan baucar diskaun sehingga 66%. Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan baucar tunai dengan pembelian minimum sebanyak RM100:

Layari laman rasmi vivo Malaysia di Shopee Mall untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version