Site icon TechNave BM

vivo Malaysia anjurkan promosi Hari Raya, dapat pelbagai hadiah percuma dengan setiap pembelian

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, vivo Malaysia menganjurkan promosi khas vivo Raya Sooo Pro untuk pelbagai telefon pintar, di mana para pelanggan boleh menikmati promosi hebat dan pelbagai hadiah percuma dengan setiap pembelian. Promosi ini akan berlangsung sheingga 14 April 2024.

Berikut adalah senarai telefon yang terlibat dalam promosi ini:

Model telefon vivoPilihan warnaHarga Hadiah
vivo V30 5GNoble Black, Petal White, Aquamarine256GB: RM1,999
512GB: RM2,199
TWS 3e Earbuds
vivo V30 ProNoble Black, Petal White512GB: RM2,599TWS 3e Earbuds
vivo Y100 5GPurple leather, Crystal blackRM1,199Kotak hadiah
vivo Y27 5GSatin Purple, Mystic BlackRM899
vivo X100 5GAsteroid Black, Startrail BlueRM3,499
vivo X100 Pro 5GAsteroid Black, Startrail BlueRM4,599
vivo X100 Pro 5GMoonlight whiteRM4,599TWS 3e Earbuds

Selain itu, pelanggan yang membeli telefon berharga lebih RM1,099 akan berpeluang untuk menerima hadiah-hadiah menarik seperti bar emas, jam tangan V Selection K59, V Selection Toothbrush Pro P1 dan Joyoung x Line Soybean Machine.

Anda juga boleh lawat vivo Concept Stores terpilih, tulis ulasan yang positif dalam Google Review dan anda boleh terima pakej kurma sebagai hadiah daripada vivo Malaysia. Inisiatif ini akan berlangsung sehingga 14 April 2024.

Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version