Site icon TechNave BM

vivo Malaysia anjurkan promosi Shopee Super Brand Day bermula 27 Jun, diskaun sehingga 77%

Sempena penganjuran promosi Super Brand Day di Shopee Mall pada 27-29 Jun, vivo Malaysia akan turut menawarkan produk mereka dalam harga khas di mana pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga 77% dalam laman rasmi vivo Malaysia di Shopee Mall.

Antara produk yang paling menarik dalam promosi ini adalah vivo V21 iaitu siri telefon pintar pertama yang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) dalam kamera swafoto 44MP. Di samping itu, ia turut dilengkapi RAM 8GB yang boleh dibesarkan (extended RAM) sebanyak 3GB lagi bagi meningkatkan prestasi gaming dan pengalaman melayar web.

Selain itu, semua produk vivo yang dibeli dalam tempoh ini dengan jumlah sekurang-kurangnya RM150 akan dihantar secara percuma serta disertakan dengan baucar diskaun RM15.

Berikut adalah senarai produk vivo yang akan dijual dalam harga istimewa dalam promosi tersebut:

ProdukHarga asal (RM)Harga promosi (RM)
Ahad, 27 Jun
vivo Y20s G (6GB RAM + 128GB ROM)RM749RM669
vivo V20 Pro (8GB RAM + 128GB ROM)          RM 1899RM1299
vivo Y1s (2GB RAM + 32GB ROM)        RM459RM349
Isnin, 28 Jun
vivo Y20s G (6GB RAM + 128GB ROM)RM749RM669
vivo Y20s D (4GB RAM + 128GB ROM)RM799RM599
vivo V20 SE (8GB RAM + 128GB ROM)RM1199RM899
12pm: vivo Y1s (2GB RAM + 32GB ROM), stok terhadRM459RM77
8pm: vivo Y30 (4GB RAM + 128GB ROM), stok terhadRM799RM177
Selasa, 29 Jun
vivo V21 Series: V21e (8GB + 3GB RAM + 128GB ROM) V21 (8GB + 3GB RAM + 128GB ROM) V21 5G (8GB + 3GB RAM + 256GB ROM)  RM1299 RM1599 RM1899  RM1249 RM1549 RM1849

Layari laman rasmi vivo Malaysia di Shopee atau laman Facebook vivo Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version