Site icon TechNave BM

vivo Malaysia bekerjasama dengan Razer untuk lancarkan siri telefon vivo T1

vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar baharu iaitu vivo T1. Buat masa ini, vivo mengesahkan bahawa ia telah pun mendapat pengiktirafan SIRIM dan akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam Turbo Black dan biru Turbo Cyan.

vivo juga mengumumkan kerjasamanya dengan jenama perkakasan gaming Razer bagi menawarkan pengalaman gaming yang lengkap dalam telefon pintar. Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan game PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) untuk memulakan kempen khas buat para pemain di Malaysia.

vivo T1 diketengahkan sebagai sebuah telefon yang dikhaskan untuk gaming, namun setakat ini tiada maklumat tentang spesifikasinya. Sebelum ini, ia telah dilancarkan untuk pasaran India di mana ia dilengkapi cipset Snapdragon 695, skrin LCD FullHD+ 120Hz 6.58 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 18W, kamera 50MP+2MP+2MP dan kamera swafoto 16MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon vivo baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version