Site icon TechNave BM

Vivo Malaysia bersama Celcom menawarkan telefon vivo Y15 2020 secara PERCUMA

Vivo Malaysia semakin bijak menyusun langkah untuk memperkenalkan produk telefon pintar mereka dengan kolaborasi bersama syarikat telekomunikasi.

Kali ini vivo Malaysia bersama-sama dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom) akan menawarkan tawaran menarik untuk semua pengguna Celcom. Dengan kerjasama ini, pengguna yang mendaftar untuk pelan Celcom MEGA™ dengan Lightning XL Pass dan Lightning L Pass akan mendapat vivo Y15 2020 secara PERCUMA (bernilai RM599).

Pelan awal pascabayar itu menawarkan panggilan tanpa had serta Internet 100GB dengan langganan bulanan sebanyak RM188 serta 60GB dengan harga RM148 sebulan.

Promosi itu juga diperluaskan kepada pengguna untuk membeli vivo Y15 2020 (bernilai RM599) pada harga RM198 apabila mereka melanggan pelan Celcom MEGA™ dengan Lightning M Pass. Pelan itu juga turut menawarkan panggilan tanpa had serta Internet 40GB dengan langganan bulanan sebanyak RM98.

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi Vivo Y15 2020 ini boleh lihat disini. Ianya boleh didapati dengan warna yang sangat elegan iaitu Phantom Black dan Burgundy Red. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Celcom dan Facebook vivo.

Adakah anda berminat untuk melanggan pelan yang ditawarkan oleh Celcom ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita seperti ini.

Exit mobile version