Site icon TechNave BM

vivo Malaysia paparkan poster acah, siri vivo X70 bakal tiba tidak lama lagi

Jika mengikut trend pemasaran peranti secara global, kita boleh lihat bahawa ia akan mengambil masa untuk dipasarkan di pasaran luar. Tetapi, kali ini vivo Malaysia telah pun memberi isyarat bahawa siri andalan vivo bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

vivo Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah poster dalam akaun Facebook rasmi miliknya yang memaparkan siri vivo X70 5G bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Siri ini akan dilancarkan di China pada 9 September ini dan negara kita dijangka merupakan antara negara terawal yang bakal menerimanya di dalam pasaran tempatan.

Di dalam poster itu tidak memberitahu tarikh sebenar bila telefon ini akan tiba dan kami masih menunggu maklumat rasmi daripada vivo Malaysia. Siri vivo X70 mempunyai tiga model iaitu X70, X70 Pro dan X70 Pro+.

Sebelum ini, vivo X60 Pro+ tidak dipasarkan di pasaran Malaysia. Tetapi apabila melihat kiriman daripada vivo Malaysia, kita mengharapkan bahawa vivo X70 Pro+ akan memasuki pasaran tempatan.

Adakah anda tidak sabar untuk memiliki siri vivo X70 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version